
Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) berbesar hati mengambil bahagian dalam Malaysia Global Civilization Initiative Summit 2026 – Islam-Confucian Civilizational Cultural Festival, khususnya sesi Civilizational Dialogue II: Civilizational Exchange and Regional Cooperation.
Yayasan PEACE diwakili oleh Pengerusinya, Mohd Jamizal Zainol, yang berkongsi pandangan mengenai hubungan antara tamadun Islam dan Konfusian, khususnya bagaimana kedua-dua tradisi besar ini mempunyai ruang pertemuan dalam soal pembentukan insan, akhlak, kebajikan (virtue) dan keharmonian masyarakat.

Perbincangan turut menyentuh pengalaman sejarah hubungan dunia Melayu dengan China serta usaha sarjana Muslim China seperti Wang Daiyu yang menerangkan pemikiran Islam melalui bahasa intelektual Konfusian. Pengalaman sejarah ini menunjukkan bahawa pertemuan antara tamadun tidak semestinya berakhir dengan clash of civilizations — ia juga boleh menghasilkan dialogue, mutual understanding and civilizational enrichment.
Bagi Yayasan PEACE, masa depan rantau ini harus dibina bukan sekadar melalui kerjasama ekonomi dan geopolitik, tetapi juga melalui dialog antara tamadun, saling mengenali dan pencarian nilai-nilai bersama.
Kepelbagaian tamadun bukan halangan kepada kerjasama. Ia adalah kekuatan apabila kita mempunyai adab untuk memahami antara satu sama lain.
Daripada “Clash of Civilizations” kepada “Dialogue of Civilizations”.
Malaysia Saksama.

#YayasanPEACE #MalaysiaSaksama #CivilizationalDialogue #IslamConfucianism #DialogueOfCivilizations #MalaysiaGlobalCivilizationInitiative #CivilizationalExchange #RegionalCooperation

