Yayasan PEACE dan IIM Meterai MOU untuk Perkasa Penerbitan dan Pendidikan Integriti

Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia dan Institut Integriti Malaysia pada 15 Februari 2025 bertempat di Hotel Grand Lexis Port Dickson telah menandatangani MOU untuk bekerjasama dalam menganjur program-program penerbitan dan pendidikan seperti penerbitan buku dan debat antara universiti bagi meningkatkan kesedaran masharakat terhadap kepentingan tatakelola dan integriti dalam kehidupan seharian. Semoga usaha ini diberkati dan dirahmati Allah SWT.