Program Sumbangan Buku Kepada Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1)

Pihak Yayasan Peace ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) SK Putrajaya Presint 14-1 di atas kerjasama dan penerimaan dalam program sumbangan buku kepada sekolah hari ini Rabu 28 Ogos 2024 .

Yayasan Peace menyumbangkan sebanyak 184 buah buku baru dalam pelbagai judul yang diharapkan akan memanfaatkan masyarakat sekolah ini; anak-anak didik dan juga para guru.

Program ini merupakan satu inisiatif yang sangat bermakna dalam usaha kita untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak didik.

Membaca merupakan asas penting dalam menuntut ilmu. Ia adalah pintu kepada dunia pengetahuan yang luas dan pelbagai.

Guru-guru memainkan peranan yang amat penting dalam menyemai minat membaca di kalangan anak-anak didik serta memberi inspirasi dan pengaruh yang positif kepada mereka untuk turut serta dalam aktiviti membaca.

Yayasan Peace berhasrat untuk membugar dan memberdaya budaya membaca di kalangan masyarakat.

Dengan pembentukan alur pemikiran yang cerdas melalui pembacaan, kita dapat melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan diri.

Semoga usaha-usaha yang akan datang mendapat sokongan dan dokongan masyarakat sekitar Putrajaya. Insha Allah.

Awal ilmu itu membaca, pertengahannya kefahaman, kemuncaknya penghayatan.