Semalam, gema hujah dan semangat anak muda bergema di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam Pertandingan Akhir Debat Perdana Integriti Piala Perdana Menteri 2025 (DPIPPM).
Yayasan Policy and Economic Affairs Centre of Malaysia (PEACE) berasa amat berbangga menjadi rakan penganjur bersama Institut Integriti Malaysia (IIM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) — dalam menjulang semangat mahasiswa yang berani berfikir, beretika dan berjiwa pemimpin.
Debat ini bukan sekadar pentas berhujah, tetapi wadah memperkasa nilai moral, tanggungjawab dan kepimpinan berintegriti dalam kalangan anak muda Malaysia. Setiap hujah yang dilontarkan menjadi saksi bahawa integriti bukan slogan, tetapi jiwa yang membentuk peradaban bangsa.
Tahniah diucapkan kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) B yang dinobatkan sebagai juara, serta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai naib juara.
Istimewa juga, Anugerah Khas Yayasan PEACE telah disampaikan kepada Saudara Idham, atas penyampaian isi hujah terbaik yang menyerlahkan kecerdasan, keberanian dan idealisme seorang pemimpin muda berwibawa.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PEACE, En. Aliff Naif, yang mewakili kepimpinan Yayasan dalam menyatakan komitmen untuk terus memupuk budaya ilmu, etika dan integriti di kalangan generasi muda.
Yayasan PEACE percaya, integriti ialah asas kemakmuran, dan akal budi ialah cahaya yang membimbing bangsa menuju kesejahteraan.
Mari kita terus berganding bahu memperkasa budaya integriti demi Malaysia yang teguh dan berprinsip.
________________________________________________________________________________________________________________
Last night, the spirit of integrity and youthful intellect filled Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM) during the Grand Final of the Prime Minister’s Cup Integrity Debate (DPIPPM) 2025.
The Policy and Economic Affairs Centre of Malaysia (PEACE) is proud to have co-organised this event with the Malaysian Institute of Integrity (IIM), Universiti Utara Malaysia (UUM), and the Malaysian Universities Debate Council (MADUM) — fostering a generation of students who think critically, act ethically, and lead with conviction.
Heartiest congratulations to Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) B for emerging as Champion, and to International Islamic University Malaysia (IIUM) as Runner-Up.
Special recognition goes to Mr. Idham, recipient of the PEACE Special Award, for delivering the Best Argument Presentation, reflecting brilliance, courage, and youthful leadership.
The event was represented by Yayasan PEACE’s Chief Executive Officer, En. Aliff Naif, underscoring the foundation’s unwavering commitment to nurturing a culture of knowledge, ethics, and integrity among the nation’s youth.
At PEACE, we believe that integrity is the foundation of prosperity, and intellect is the light that guides our nation toward greatness.
Together, let us strengthen this spirit for a principled and progressive Malaysia.




