Anugerah Global Madani iktiraf sumbangan komuniti tempatan, antarabangsa

KUALA LUMPUR – Yayasan Pusat Dasar dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) buat julung kalinya memperkenalkan Anugerah Global Madani bagi menghargai dan mengangkat sumbangan komuniti tempatan serta antarabangsa yang melakukan transformasi mengikut enam teras Malaysia Madani.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, anugerah itu merupakan inisiatif yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan visi untuk menjadi anugerah global terkemuka.

“Diharapkan dengan peluncuran anugerah ini, nilai-nilai Malaysia Madani berserta semangatnya akan dapat diterapkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia malah diperkenalkan kepada masyarakat dunia,” katanya kepada pemberita selepas prapelancaran Anugerah Global Madani di sini pada Rabu.

Turut hadir, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Sumber Pautan: https://www.sinarharian.com.my/article/646136/berita/nasional/anugerah-global-madani-iktiraf-sumbangan-komuniti-tempatan-antarabangsa

Sumber Foto: Bernama